Jumaat sudah pulang kekampung kerana majlis kahwen. Aku kahwen? Tak mungkin selagi tak dapat
mende ni. nguhaha.
Jumaat petang menaiki
bus. ala ala nasionalis kalau naik
bas ni. seperti terasa seorang pejuang hak tanah melayu jika menaiki
bas ini. Dahulu mungkin rasional
bas ini, tapi kini seperti dianak tirikan jika perjalanan sekadar kenegeri bersebelahan. ruang tempat duduk seperti untuk 2 ekor kucing tidur yang mana kalau bercakaran sedikit pasti mereka terkulai. Mungkin tak mengapa, alahai (alahai merupakan bahasa mereka yang berpolitik cakna, sumpah aku menyampah) mungkin ade orang akan berbunyi dan berkata aku tidak bersyukur dengan nikmat pengangkutan awam sedia ada, tapi aku si pembayar tiket, logiklah jika aku sedikit merabak mulut disini. Masuk tandas pon berbayar. Baiklah lupakan kes tempat duduk. Mungkin dapat dimaafkan, tetapi bagaimana pula jika
bas anda dimasuki air hujan ketika hujan melanda? anda kebasahan. sanggupkah anda membayar Ringgit Malaysia 27.10 dan anda kebasahan dibelakang badan didalam sebuah
bas nasionalis yang berhawa dingin? Jika anda sanggup, anda memang nasionalis tegar sebuah pengangkutan awam !
Absorber
bas juga menjengkelkan. Sehingga saat ini aku mash tertanya tanya mengapa perlu laju dilopak air dan perlahan dijalan rata. Sungguh, aku kebingungan laksana kucing ketumbuhan tanduk dikepala. Mimpi ngeri jika terhantuk kepala dikerusi hadapan. Ruang legar kaki seperti kaki anda dimasukkan kedalah kotak sempit, penumpang sebelah anda mengunyah roti gardenia tanpa henti...bagaimanakah rasanya perjalanan anda dri 3.30 petang sehingga 9 malam itu. Perjalanan perlahan hanya ditemani sebuah ipod shuffle dan lagu yang berulang ulang. Selepas Anuar Zain, Anuar Zain lagi..terlena sebentar dan terhantuk kepala lagi dicermin bas. Penumpang sebelah masih mengunyah lagi..ohhh...azab untuk seorang aku yang mahu pulang kekampung kerana kenduri kawen.
Sungguh azab, namun aku tetap bersyukur kerana sampai dirumah, dan lauk kenduri daripada majlis doa selamat masih bersisa. Sampai lewat ketika semua orang yang menghadiri kenduri sudah terlantar kekenyangan dirumah masing masing. Mengosongkan perut dari pagi sehingga malam memang berbaloi. Sangat. ;)
Esoknya keMersing. Hujan dipagi hari mengundang konflik hanya kerana sepasang stokin pengantin. Sungguh jika anda mahu menghadiri majlis besar, sila sediakan diri secukupnya. Sungguh, jika tidak anda hanya mengundang kritikan pedas seorang presiden. HAHAHA !
Majlis kahwen diMersing seperti biasa. Lawak lawak ganas dari sepapat yang berunsur aktiviti malam pertama. Sungguh aku tak masuk campur. Tumpang gelak sekadar menghormati lawak manusia. Oh ye, Homestay sangat besar di Kampng Sri Lalang. 2 tingkat banglo, astro, air minuman dan kerepek percuma. Untuk yang kepenatan seperti aku memang berbaloi. tertidur diatas sofa 3k. Telefon bimbit sume terabai, entah kemana tidak diketahui..HAHAHA !
Esoknya pulang dan hampa kerana tiket bas nasionalis tidak ada. Terpaksa pulang ke Gangbang esoknya lagi. Sangat terkejut kerana pemandu bas yang sama. Aksi yang sama, tanpa air hujan. Kepala terhantuk ke seat hadapan lagi. haih. malang sungguh !